Apakah polisi-polisi insurans penting yang perlu kita pertimbangkan?
Kita semua sedar akan kepentingan insurans dan takaful bagi perlindungan diri dan keluarga kita. Tapi adakah kita melindungi diri kita dengan polisi-polisi yang bertepatan? Tidak dinafikan bahawa sememangnya terdapat banyak jenis polisi insurans dan takaful yang boleh mengelirukan pengguna. Jika anda salah seorang pengguna yang menyedari kepentingan insurans dan takaful tetapi tidak tahu yang mana satu hendak dibeli, kami dapat memberi cadangan. Di sini kami akan menyenaraikan beberapa jenis polisi yang mana kami rasa paling penting bagi anda untuk mempertimbangkan.Senarai di bawah adalah mengikut keutamaan dan kepentingan. Tetapi cadangan ini adalah mengikut keperluan am samata-mata. Keperluan perlindungan insurans dan takaful adalah berbeza-beza mengikut keperluan individu. Maka adalah wajar setiap individu membuat kajian sebelum membuat keputusan atas mana-mana polisi.
1. Insurans Kesihatan dan Perubatan
Memandangkan penyakit dan kecederaan/ kemalangan boleh berlaku pada sesiapa dan pada bila-bila masa sahaja. Kos perubatan pula kini semakin meningkat, terutamanya bagi penyakit kronik yang mana rawatan mengambil jangka masa yang panjang.Tahukah anda, kos pembedahan bypass bagi pesakit jantung adalah tidak kurang dari RM 40,000 di Malaysia? Ini belum lagi termasuk kos lain seperti penginapan hospital, konsultasi dan rawatan setelah pembedahan.
Sememangnya jumlah ini adalah agak besar jika kita tidak ada simpanan yang mencukupi. Ramai di antara kita yang tidak bersedia menghadapi musibah sebegini yang akhirnya terpaksa menggadai harta benda sendiri.
Jangan pulak difikirkan anda tidak mungkin menghadapi situasi begini kerana usia yang muda dan cara hidup anda yang sihat. Penyakit seperti kanser tidak mengenal usia, jantina atau cara hidup.
Satu kajian yang telah dilakukan tahun lepas mendapati 45% pesakit kanser menghadapi kesukaran bebanan kewangan dalam tempoh tahun pertama setelah diagnosis manakala 11% pesakit tidak bertahan melepasi tahun pertama. Antara penemuan lain adalah:

Statistik kanser di Malaysia. Kesan kewangan kepada pesakit.
Statistik ini sepatutnya sudah cukup untuk kita sedar betapa pentingnya insurans kesihatan dan perubatan. Jika anda memilih polisi, fahami jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan dan pilih yang mana yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda dan juga sejarah atau rekod kesihatan/ penyakit keluarga anda. Jika anda bekerja di mana pihak syarikat menawarkan insurans kepada pekerja, fahami jenis perlindungan yang diberi dan adakah anda perlukan perlindungan tambahan.
No comments:
Post a Comment