INSURANS KENDERAAN BERMOTOR MALAYSIA
Di Malaysia, suka atau tidak, insurans kenderaan adalah mandatori,
sekurang-kurang polisi Pihak Ketiga, bagi kenderaan anda. Polisi ini
adalah polisi yang paling asas antara polisi-polisi insurans kenderaan.
Ini bermakna jika anda inginkan perlindungan yang lebih, anda bolehlah
memilih polisi lain.
3 jenis polisi kenderaan:
(A) Pihak ketiga – perlindungan asas. Perlindungan terhadap risiko kerugian dan kerosakan harta benda pihak ketiga dan juga kecederaan dan kematian pihak ketiga jika berlakunya kemalangan.
(B) Pihak ketiga, kebakaran dan kecurian – Merangkumi perlindungan terhadap pihak ketiga seperti (A) di atas, dan juga kerugian/ kerosakan kereta sendiri akibat kebakaran tidak sengaja dan kecurian.
(C) Perlindungan komprehensif – Merangkumi perlindungan (A) dan (B) di atas, dan jugak kerosakan dan kerugian kereta/ kenderaan sendiri akibat kemalangan.
Anda mungkin tertanya, bagaimana pulak dengan risiko terhadap kecederaan diri sendiri jika berlakunya kemalangan? Soalan yang bagus. Malangnya, polisi insurans kenderaan bukanlah jawapannya. Ini bermakna, polisi kenderaan anda, walaupun perlindungan komprehensif sekalipun, tidak melindungi diri pemegang polisi daripada risiko kecederaan ataupun kematian akibat kemalangan jalanraya. Mungkin kini anda memahami mengapa kami berpendapat bahawa insurans perubatan dan kesihatan merupakan perlindungan yang paling utama yang patut anda miliki.

No comments:
Post a Comment